Pesan Untuk yang Masih hidup

jika anda masih hidup ingatlah dan pelajarilah dari pengalaman saya:

1-pastikan epf,socso insuran suami,anak,isteri dan juga ibubapa dan ahli – keluarga mempunyai penama.
2-pastikan penama berumur lebih 18 tahun.
3-kalau anak-anak masih di bawah umur buatlah wasiat di bawah atas – nama Amanah raya sebagai pemegang amanah.
4-Jika berkahwin di luar negeri belum di daftarkan di Malaysia daftarkanlah di Malaysia.Jika tidak anda akan mendapat masalah besar sebab bila berlaku tuntutan epf,socso,insuran hanya surat nikah berdaftar kerajaan Malaysia saja yang diakui.

5-Jika anda sudah bercerai dapatkanlah surat pengesahan cerai secepat mungkin.Jika tidak waris anda menghadapi masalah besar di mahkamah syariah jika berlaku tuntutan di mahkamah hal pembahagian faraid akan menjejaskan pembahagian pusaka di mana waris akan mengatakan bahawa anda masih suami atau isteri si mati.Ini merugikan hak suami,isteri dan anak yang baru malah menjejaskan hak orang yang anda sayangi.

6-sila tulis di kertas hutang anda,orang yang berhutang dengan anda untuk memudahkan waris anda membuat tuntutan dan melunaskan hutang anda.

7-jika anda berniaga pastikan ada hitam putih dengan partner anda,hutang,share,aset,liabiliti.pastikan waris anda menyimpan copy untuk memudahkan pembahagian aset kepada waris anda.

8-Bila berlaku kematian ,tidak ada sahabat,kawan,saudara.Malah sebab wang berlaku pertikaian dan sengketa .Anda hanya menangis di kubur melihat orang yang anda sayangi tidak dilindungi hak mereka.Malah hutang yang anda tinggalkan tidak ada waris yang mempertanggungjawabkan.

9-Janganlah kita hidup tersiksa di dunia dan akhirat atas hutang yang belum diselesaikan atas kealpaan dan kenaifan kita

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s