Monthly Archives: February 2010

Bunyi Handphone keluar duit

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Duit Turun dari langit

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Jadi kaya tanpa bekerja

Sesiapa yang menganggur atau tak cukup duit pasti teringin nak cari duit extra dengan cara yang paling mudah.Modal kecil,hasil banyak,cara senang.Untuk pengetahuan anda tidak ada bisnes atau kerja yang mudah di dunia ni tanpa usaha.

Seperti kata pepatah tidak senang nak jadi senang,tidak susah nak jadi susah.Sebelum anda memulakan bisnes online atau internet kajilah sedalam-dalamnya sesuatu bisnes itu.Tepuk dada tanya modal

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Pesan Untuk yang Masih hidup

jika anda masih hidup ingatlah dan pelajarilah dari pengalaman saya:

1-pastikan epf,socso insuran suami,anak,isteri dan juga ibubapa dan ahli – keluarga mempunyai penama.
2-pastikan penama berumur lebih 18 tahun.
3-kalau anak-anak masih di bawah umur buatlah wasiat di bawah atas – nama Amanah raya sebagai pemegang amanah.
4-Jika berkahwin di luar negeri belum di daftarkan di Malaysia daftarkanlah di Malaysia.Jika tidak anda akan mendapat masalah besar sebab bila berlaku tuntutan epf,socso,insuran hanya surat nikah berdaftar kerajaan Malaysia saja yang diakui.

5-Jika anda sudah bercerai dapatkanlah surat pengesahan cerai secepat mungkin.Jika tidak waris anda menghadapi masalah besar di mahkamah syariah jika berlaku tuntutan di mahkamah hal pembahagian faraid akan menjejaskan pembahagian pusaka di mana waris akan mengatakan bahawa anda masih suami atau isteri si mati.Ini merugikan hak suami,isteri dan anak yang baru malah menjejaskan hak orang yang anda sayangi.

6-sila tulis di kertas hutang anda,orang yang berhutang dengan anda untuk memudahkan waris anda membuat tuntutan dan melunaskan hutang anda.

7-jika anda berniaga pastikan ada hitam putih dengan partner anda,hutang,share,aset,liabiliti.pastikan waris anda menyimpan copy untuk memudahkan pembahagian aset kepada waris anda.

8-Bila berlaku kematian ,tidak ada sahabat,kawan,saudara.Malah sebab wang berlaku pertikaian dan sengketa .Anda hanya menangis di kubur melihat orang yang anda sayangi tidak dilindungi hak mereka.Malah hutang yang anda tinggalkan tidak ada waris yang mempertanggungjawabkan.

9-Janganlah kita hidup tersiksa di dunia dan akhirat atas hutang yang belum diselesaikan atas kealpaan dan kenaifan kita

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kematian membuatkan kita insaf

hampir setahun saya tak update blog ni.berbagai kejadian yang menimpa sehingga saya hanya mampu tersimpuh dan redha atas apa yang terjadi.
kehilangan anak saudara meninggal kerana demam denggi yang berumur 2 tahun,kematian ibu saudara kerana kanser dan juga kematian adik lelaki tersayang dalam kemalangan amat membuat saya tersedu dan hampir gagal melawan perasaan.

Apalagi dalam keadaan sarat mengandung saya menerima kematian orang yang disayangi dalam masa 3 bulan berselang seli dalam waktu 9 bulan.Yang tidak dapat saya bayangkan bila adik lelaki saya yang berumur 30 tahun dijemput tuhan dalam kes kemalangan mengerikan yang mengakibatkan dia mati ditempat kejadian .Hanya peti sejuk hospital tempat dia disimpan sebelum dikebumikan.Tambah menyedihkan saya harus ke bilik pembedahan untuk bersalin sebelum kematian berlaku.

bayangkan selepas dua hari dia meninggal saya hanya mengingatkan kematian adik saya sewaktu di dewan pembedahan.selama dalam pantang hanya menangis tidak pernah berhenti mengenangkan adik saya yang saya cintai.

Saya sangat sedih 3 bulan sebelum dia meninggal anak kesayangannya yang berumur 2 tahun dijemput tuhan akaibat demam denggi.3 bulan kemudian Allah menjemput dirinya pula.
Masih terngiyang-ngiyang di telinga saya bahawa adik lelaki saya ingin menghadiahkan mesin basuh baru untuk hadiah kelahiran anak saya nanti.
Malah sempat berpesan jika ada apa-apa yang terjadi pada dirinya jagalah anaknya yang 2 orang itu yang berumur 8 tahun dan 12 tahun itu baik-baik.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Allah mengampuni segala dosa-dosanya.l

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Isi rumah Jadi Halal

Leave a comment

Filed under Uncategorized