Monthly Archives: September 2008

Bestnya kek ni?

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Cantiknya kek ?

Contoh-contoh kek kahwin yang boleh di tempah.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kek Perkahwinan

Kami mengambil tempahan kek perkahwinan,pertunangan,harijadi,ulang tahun perkahwinan dan kek bertemakan apa-apa majlis yang hendak dilaksanakan.Saudara dan saudari juga boleh memberi contoh dan design yang dikehendaki jika mempunyai idea dan design tersendiri.Harga bergantung kepada budget yang saudari inginkan dari berharga RM100-RM3500.

Setiap kek juga bergantung kepada berat yang saudari inginkan dan juga rasa dan bahan yang saudari impikan.Kami boleh membuat kek dari jenis butter cream (biasa),fondant icing atau butter icing.Semuanya bergantung dengan budget yang saudari peruntukan

.Untuk setiap pembelian bernilai RM150 keatas kami memberi perkhidmatan penghantaran ke rumah di kawasan Lembah Kelang secara percuma.Sila hubungi saya mona di 019-3394 700 atau Email ke rirismonalisazulnisyam@yahoo.com.Terima kasih

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Clowns Cake

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Train

Beutiful train for sale

RM150

RM150

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Cakes

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Tart buah sedapnya!!!

Ramai yang suka tart buah tak?Saya memang suka tart buah.Kalau pergi kat delifrance mahal.Rm2.50 sebiji.

Ada yang jual 8 bji RM10.00.


Leave a comment

Filed under Uncategorized

Ketupat!!Oh! ketupat ku!


Kita tak lama lagi menyambuthari raya.Tentu pening macamana nak buat ketupat ye.Di sini saya ada tip untuk buat ketupat tahan lama.

*Pilih daun ketupat/kelongsong yang bewarna kuning kehijauan.yang tidak ada cacat atau layu kerana daun yang dah lama.Ini memastikan beras tetap bersih dan putih.

*Tambahkan sedikit air kapur sirih/kapur makan pada beras yang dicuci sebelum di masukkan ke dalam kelongsong ketupat.Air kapur sirih  membuat ketupat awet dan tahan lama kerana tak cepat basi.Untuk lebih sedap letak sedikit garam pada beras.

*Semasa merebus bila air dah kering letak air panas untuk membersihkan kotoran yang melekat di daun ketupat yang sudah di rebus.

*Untuk ketupat tak cepat basi simpan dalam peti sejuk,bila dihidangkan biarkan ketupat dalam suhu bilik

sampai hilang kesejukan dan rebus dalam air mendidih selama 30 minit.kemudian titiskan atau keringkan seketika sebelum di hidang.Selamat mencuba.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

kek durian

Saya memang suka baca resepi orang.Baru-baru ni teringin nak makan kek durian.Cuba try resepi ni manalah tau sedap.Saya tak try lagi.

Bahan-bahan.

250 gram butter

250gram gula pasir

6biji telur

250gram tepung gandum

1 sdt baking powder

1sdt soda bicarbonate

250 gram isi durian

Cara-cara

Pukul butter,gula sampai kembang.Masukkan telur dan pukul sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai rata.Akhir sekali masukkan isi durian dan kacau hingga rata.Masukkan ke dalam acuan loyang cincin dan bakar pada suhu 180c selama 40 minit.resepi dari Fatimah Bahalwan

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kueh lapis beras

Saya baru baca dekat suratkahabar kompas pasal macamana nak buat kuih lapis beras.Saya tak try lagi tapi nak kongsi resepi ni dengan saudara semua.Manalah tahu ada yang berminat nak try dan boleh berkongsi resepi yang lain.Ini resepinya.

100 gram tepung sagu

275 gram tepung beras

300 gram gula pasir

1sdt-garam

1.5liter santan

3 helai daun pandan

pewarna merah,hijau,

Cara

masak santan ,daun pandan sampai didih.Angkat dan sejukkan.

tepung beras,tepung sagu,garam dan gula pasir,kacau rata,tuang santan yang dah di masak tadi.

bagi adunan menjadi tiga,merah,hijauputih.

loyang saiz 18 x 18 x 18 di oles minyak sayur,jangan terlalu banyak,tipis saja.loyang paling bawah di alas plastik.

adunan putih 100ml,kukus dalam 10 minit.Sudah tu letak 100ml adunan merah kukus lagi 10 minit.kemudian kukus 100ml adunan hijau 10 minit.sampai habis semua adunan.adunan terakhir kukus 20 minit.dan sejukkan.resepi dari Fatimah Bahalwan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized